RSS

Kursus 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Unit Latihan Perancangan Strategik ICT di bawah Program Latihan Pengurusan ICT, IMATEC telah merancang sebanyak tujuh(7) kali kursus sepanjang tahun ini di samping mengendalikan tugas-tugas yang lain.Semua penjawat awam berpeluang mengikuti kursus yang disenaraikan dengan membuat permohonan kursus dalam talian di laman utama INTAN Kiara.

Berikut di paparkan senarai kursus anjuran Unit Latihan Perancangan Strategik ICT yang dirancang sepanjang 2011. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan tarikh, kursus dan sebagainya akan dimaklumkan di blog ini dan juga di laman web INTAN (http://www.intanbk.intan.my). Untuk makluman kesemua kursus ini akan dijalankan di Kampus Utama INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur



Sekian, terima kasih.



Kursus Perancangan Strategik ICT

22-25 Februari 2011

23-27 Mei 2011

Kursus ICT for Non IT Managers

28-31 Mac 2011

30-23 Jun 2011

Kursus IT Governance

3-5 Mei 2011

19-21 September 2011

Kursus Business Process Re-engineering

17-19 Oktober 2011



Bengkel Perancangan Strategik ICT-Training of Trainers


Pembangunan Personel, methodologi dan bahan kursus Bengkel Perancangan Strategik ICT telah dirancang untuk dilaksanakan pada 19 hingga 21 Julai 2010. Bengkel Perancangan Strategik ICT ini telah tersenarai dalam Pelan Pembangunan Kemahiran Personel ICT INTAN untuk dilaksanakan pada tahun 2008 hingga 2010 dan telah diluluskan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Pengarah INTAN pada 2 Jun 2008. Objektif Pelan Pembangunan Kemahiran ini adalah bagi memastikan personel ICT INTAN mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk bertindak sebagai jurulatih dan pakar rujuk dalam bidang-bidang ICT yang telah dikenal pasti. Seramai 20 orang jurulatih INTAN dan Pegawai Teknologi Maklumat dari Pasukan Perunding ICT,MAMPU telah menghadiri bengkel 3 hari ini.

Kursus ini telah dikendalikan oleh jurulatih dari syarikat Dreamsoft (M) Sdn Bhd, yang diketuai oleh En Megat Zainurul Anuar dan fasilitator belia, En Akmal.








Blogger Templates

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 pandangan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Kalendar ISP