Bengkel Perancangan Strategik ICT Bil 2/2010 telah diadakan di INTAN Bukit Kiara bermula 14-18 Jun 2010. Seramai 29 peserta dari pelbagai agensi telah bersama-sama menyertai bengkel selama 5 hari ini. Di antara agensi terlibat adalah:
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
- Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
- Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara
- Majlis Perbandaran Seberang Perai
- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
- Universiti Kebangsaan Malaysia
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari, jurulatih dari Dreamsoft(M) Sdn Bhd.
0 pandangan:
Catat Ulasan