Kursus IT Governance Bil 2/2010 akan diadakan pada 8-10 Disember 2010 di INTAN Bukit Kiara.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada tadbir urus IT yang berkesan di dalam pentadbiran IT sekaligus meningkatkan keberkesanan pengurusan IT di agensi masing-masing. Pelbagai metodologi akan dibincangkan bersama-sama kajian kes dalam mencapai kesepakatan di antara aspek IT dan pengurusan di dalam kursus ini. Peserta yang berminat bolehlah memohon dengan melalui lama web INTAN (http://www.intanbk.intan.my)
Kursus 2011
Unit Latihan Perancangan Strategik ICT di bawah Program Latihan Pengurusan ICT, IMATEC telah merancang sebanyak tujuh(7) kali kursus sepanjang tahun ini di samping mengendalikan tugas-tugas yang lain.Semua penjawat awam berpeluang mengikuti kursus yang disenaraikan dengan membuat permohonan kursus dalam talian di laman utama INTAN Kiara.
Berikut di paparkan senarai kursus anjuran Unit Latihan Perancangan Strategik ICT yang dirancang sepanjang 2011. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan tarikh, kursus dan sebagainya akan dimaklumkan di blog ini dan juga di laman web INTAN (http://www.intanbk.intan.my). Untuk makluman kesemua kursus ini akan dijalankan di Kampus Utama INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Sekian, terima kasih.
Kursus Perancangan Strategik ICT
22-25 Februari 2011
23-27 Mei 2011
Kursus ICT for Non IT Managers
28-31 Mac 2011
30-23 Jun 2011
Kursus IT Governance
3-5 Mei 2011
19-21 September 2011
Kursus Business Process Re-engineering
17-19 Oktober 2011
Kursus IT Governance Bil 2/2010
Seminar Bersiri Technology Updates Bil 9/2010
Seminar ini telah mengandungi 3 sesi yang sangat menarik iaitu:
Sesi 1
UNDERSTANDING THE DYNAMICS OF POLICY IMPLEMETATION AND POLICY AUTOMATION
Lai Weng Yew
Senior Director,Public Sector Industry Business Unit,Oracle Asia Pacific & Japan
Sesi 2
MEETING THE CHALLENGES WITH ORACLE POLICY AUTOMATION
Christopher Yo
Principal Sales Consultant,Oracle Asia Pacific
Sesi 3 (Secara Video Conferencing)
POLICY AUTOMATION SUPPORTING THE PROTECTION OF CHILDREN IN NEW SOUTH WALES
Greg Lansom
Chief Information Officer,Community Service Department of Human Service New South Wales (Australia)


Seminar Bersiri Technology Updates Bil 9/2010
Sukacita dimaklumkan, Program Latihan Pengurusan ICT, INTAN dengan kerjasama Oracle Malaysia, IASA Malaysia dan ATD Solution (Malaysia) Sdn Bhd. akan menganjurkan Seminar Technology Updates yang bertajuk “Enhancing Public Service Through Policy Automation”. Sehubungan dengan itu adalah dijemput pegawai dan kakitangan kementerian/jabatan/agensi kerajaan untuk menghadiri seminar tersebut.
Seminar ini akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 25 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Bankuet 1,Blok IMATEC
INTAN Bukit Kiara,Kuala Lumpur
Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui e-mel atau faks ke 03-2084 7700. Bagi sebarang pertanyaan mengenai seminar ini sila hubungi urus setia seperti berikut:
- Pn. Nur Azaliah Abu Bakar|03-2084 7726|azaliah@intanbk.intan.my
- Cik Nur Ezura Mohd Rosli|03-2084 7723|ezura@intanbk.intan.my
Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Seminar Technology Updates yang terakhir untuk tahun ini!
Kursus IT Governance Bil 1/2010
Seminar Bersiri Technology Updates Bil 3/2010


Kursus ICT for Non IT Managers Bil 2/2010








Kursus ICT for Non IT Managers Bil 1/2010




Bengkel Perancangan Strategik ICT Bil 2/2010
Bengkel Perancangan Strategik ICT Bil 2/2010 telah diadakan di INTAN Bukit Kiara bermula 14-18 Jun 2010. Seramai 29 peserta dari pelbagai agensi telah bersama-sama menyertai bengkel selama 5 hari ini. Di antara agensi terlibat adalah:
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
- Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
- Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara
- Majlis Perbandaran Seberang Perai
- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
- Universiti Kebangsaan Malaysia
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari, jurulatih dari Dreamsoft(M) Sdn Bhd.
Bengkel Perancangan Strategik ICT-Training of Trainers
Kursus ini telah dikendalikan oleh jurulatih dari syarikat Dreamsoft (M) Sdn Bhd, yang diketuai oleh En Megat Zainurul Anuar dan fasilitator belia, En Akmal.








Kursus Business Process Architecture Redesign Strategy (BPARS)
Kursus yang bertujuan untuk membangunkan kompetensi personel ICT di dalam bidang Business Process Architecture Redesign Strategy ini akan disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Richardus Eko Indrajit. Beliau berpengalaman luas selama 15 tahun di dalam Business Process Architecture Redesign Strategy bagi projek ICT di sektor awam dan swasta di Indonesia. Beliau juga merupakan penasihat kepada Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Kementerian Penyelidikan dan Teknologi, Kementerian Pendidikan Kerajaan Indonesia dan Presiden kepada Association of Software Architect (IASA) Indonesia.










