RSS

Kursus 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Unit Latihan Perancangan Strategik ICT di bawah Program Latihan Pengurusan ICT, IMATEC telah merancang sebanyak tujuh(7) kali kursus sepanjang tahun ini di samping mengendalikan tugas-tugas yang lain.Semua penjawat awam berpeluang mengikuti kursus yang disenaraikan dengan membuat permohonan kursus dalam talian di laman utama INTAN Kiara.

Berikut di paparkan senarai kursus anjuran Unit Latihan Perancangan Strategik ICT yang dirancang sepanjang 2011. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan tarikh, kursus dan sebagainya akan dimaklumkan di blog ini dan juga di laman web INTAN (http://www.intanbk.intan.my). Untuk makluman kesemua kursus ini akan dijalankan di Kampus Utama INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur



Sekian, terima kasih.



Kursus Perancangan Strategik ICT

22-25 Februari 2011

23-27 Mei 2011

Kursus ICT for Non IT Managers

28-31 Mac 2011

30-23 Jun 2011

Kursus IT Governance

3-5 Mei 2011

19-21 September 2011

Kursus Business Process Re-engineering

17-19 Oktober 2011



Kursus ICT for Non IT Managers Bil 1/2011


Sekarang sedang berlangsungnya Kursus ICT for Non IT Managers Bil 1/2011. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada peserta di dalam bidang ICT khususnya yang berkaitan dengan IT Management and Current Trends, IT Initiatives in Public Sector, IT Infrastructure and Facility, IT Asset Management dan IT Security and Ethics. Peserta pada kali ini akan di bawa melawat Jabatan Akuntan Negara Malaysia (JANM), Putrajaya untuk mendapatkan pendedahan akan inisiatif yang telah dilakukan oleh JANM ke arah penggunaan ICT yang optimum dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 pandangan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Kalendar ISP