Sekarang sedang berlangsungnya Kursus ICT for Non IT Managers Bil 1/2011. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada peserta di dalam bidang ICT khususnya yang berkaitan dengan IT Management and Current Trends, IT Initiatives in Public Sector, IT Infrastructure and Facility, IT Asset Management dan IT Security and Ethics. Peserta pada kali ini akan di bawa melawat Jabatan Akuntan Negara Malaysia (JANM), Putrajaya untuk mendapatkan pendedahan akan inisiatif yang telah dilakukan oleh JANM ke arah penggunaan ICT yang optimum dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Kursus 2011
Unit Latihan Perancangan Strategik ICT di bawah Program Latihan Pengurusan ICT, IMATEC telah merancang sebanyak tujuh(7) kali kursus sepanjang tahun ini di samping mengendalikan tugas-tugas yang lain.Semua penjawat awam berpeluang mengikuti kursus yang disenaraikan dengan membuat permohonan kursus dalam talian di laman utama INTAN Kiara.
Berikut di paparkan senarai kursus anjuran Unit Latihan Perancangan Strategik ICT yang dirancang sepanjang 2011. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan tarikh, kursus dan sebagainya akan dimaklumkan di blog ini dan juga di laman web INTAN (http://www.intanbk.intan.my). Untuk makluman kesemua kursus ini akan dijalankan di Kampus Utama INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Sekian, terima kasih.
Kursus Perancangan Strategik ICT
22-25 Februari 2011
23-27 Mei 2011
Kursus ICT for Non IT Managers
28-31 Mac 2011
30-23 Jun 2011
Kursus IT Governance
3-5 Mei 2011
19-21 September 2011
Kursus Business Process Re-engineering
17-19 Oktober 2011
Kursus Perancangan Strategik ICT Bil 1/2011
Kursus Perancangan Strategik ICT Bil 1/2011 telah diadakan dengan jayanya pada 21-25 Februari yang lepas. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada pelbagai jabatan di antaranya seperti:
- Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MACGDI)
- Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
- Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- Jabatan Kemajuan Orang Asli
- Kementerian Belia Dan Sukan
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Majlis Daerah Tampin
- Istana Negara
- BERNAMA
Sepanjang kursus berlangsung peserta telah didedahkan dengan metodologi dan kaedah yang efektif dan efisien dalam merancang Pelan Strategik ICT di agensi masing-masing. Berikut adalah maklum balas daripada peserta kursus:
"Dapat membantu organisasi saya untuk menghasilkan ISP"
"Meningkatkan kefahaman dan keyakinan"
"Kursus perlu diteruskan kerana banyak memberi manfaaat dan memberi impak kepada pengurusan ICT organisasi"
"Menarik dan mencapai objektif"
"Sangat sesuai dengan keperluan agensi"







Kursus IT Governance Bil 2/2010
Kursus IT Governance Bil 2/2010 akan diadakan pada 8-10 Disember 2010 di INTAN Bukit Kiara.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada tadbir urus IT yang berkesan di dalam pentadbiran IT sekaligus meningkatkan keberkesanan pengurusan IT di agensi masing-masing. Pelbagai metodologi akan dibincangkan bersama-sama kajian kes dalam mencapai kesepakatan di antara aspek IT dan pengurusan di dalam kursus ini. Peserta yang berminat bolehlah memohon dengan melalui lama web INTAN (http://www.intanbk.intan.my)