Sukacita dimaklumkan, Program Latihan Pengurusan ICT, INTAN dengan kerjasama Oracle Malaysia, IASA Malaysia dan ATD Solution (Malaysia) Sdn Bhd. akan menganjurkan Seminar Technology Updates yang bertajuk “Enhancing Public Service Through Policy Automation”. Sehubungan dengan itu adalah dijemput pegawai dan kakitangan kementerian/jabatan/agensi kerajaan untuk menghadiri seminar tersebut.
Seminar ini akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 25 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Bankuet 1,Blok IMATEC
INTAN Bukit Kiara,Kuala Lumpur
Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui e-mel atau faks ke 03-2084 7700. Bagi sebarang pertanyaan mengenai seminar ini sila hubungi urus setia seperti berikut:
- Pn. Nur Azaliah Abu Bakar|03-2084 7726|azaliah@intanbk.intan.my
- Cik Nur Ezura Mohd Rosli|03-2084 7723|ezura@intanbk.intan.my
Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Seminar Technology Updates yang terakhir untuk tahun ini!